Enam Balai Polis Terima Anugerah Emas Mcpf
Cheras, 31 Mac 2012 -
Keputusan daripada Program Lawatan Balai Polis di seluruh Malaysia oleh
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), enam balai polis telah
terpilih untuk menerima Anugerah Emas MCPF pada hari ini. Program yang
melibatkan 14 buah negeri dan sejumlah 131 buah balai polis ini
diusahakan oleh Pasukan Pelawat Peringkat Kebangsaan MCPF diketuai oleh
Y.Bhg Datuk Kamaruddin Md Ali dan dibantu oleh Y.Bhg Tan Sri Robert
Phang.
Penyampaian
anugerah ini telah berlangsung semasa Mesyuarat Agong Tahunan Ke-19
MCPF 2012 di Maktab PDRM Cheras yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri
Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Turut hadir, YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara,
Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi MCPF, Y.Bhg Datuk Hendry
Chin, Naib Pengerusi MCPF, Y.Bhg Datuk Kamaruddin Md Ali, Naib Pengerusi
MCPF, Y.Bhg Datuk Eddy Chen Lok Loi, Bendahari MCPF.
Turut
berlangsung pada awal pagi hari ini, Mesyuarat EXCO MCPF bersama
Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCPF yang dipengerusikan oleh YDH Tan
Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
Penyampaian Anugerah Eams MCPF

Balai Polis Johor Jaya, Johor.

Balai Polis Sea Park, Selangor

Balai Polis Panching, Pahang.

Balai Polis Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Balai Polis Tambunan, Sabah.

Balai Polis Sentral Sibu, Sarawak.

Gambar kenangan.
Mesyuarat Agong Bil 19 MCPF 2012





Mesyuarat EXCO MCPF bersama Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCPF






Jurufoto & Wartawan : L/Kpl Raymond