Hari Terbuka Pdrm Ipk Negeri Sembilan Gamit Lebih 3 000 Pengunjung
Port Dickson, 31 Mac -
Bersempena sambutan Hari Polis Ke-205, PDRM Kontinjen Negeri Sembilan
telah mengadakan Hari Keluarga PDRM di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson
pada hari ini.
Di
lokasi dan pada masa yang sama, turut berlangsung pertandingan
memancing anjuran bersama PDRM dan Berita Harian menyaksikan penyertaan
yang amat menggalakkan daripada orang ramai.
Kehadiran
lebih 3,000 pengunjung pada hari ini turut dihiburkan dengan
persembahan nyanyian dan komedi daripada artis-artis tempatan sepanjang
program berlangsung.
Cuaca
yang agak panas sedikitpun tidak menjejaskan penglibatan
pengunjung-pengunjung yang turut menyertai aktiviti sukaneka yang
diadakan di persisiran pantai dan apa yang menarik sepanjang program,
YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara turut
bermain dalam beberapa aktiviti sukaneka yang diadakan.
Kemuncak
program menyaksikan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang
yang berjumlah RM47,500 di samping hadiah-hadiah lain berupa kenderaan
seperti motosikal, basikal, perkakasan elektrik serta daripada
penaja-penaja yang terlibat sepanjang penganjuran program pada hari ini.
Program
pada hari ini turut diserikan dengan kemunculan Mr. Integrity, maskot
PDRM yang dilancarkan sempena sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran
Merdeka baru-baru ini.
Turut
hadir pada hari ini, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan,
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH SAC Dato' Osman bin
Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad A. Talib, Pengarah
Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad yang juga
Pengarah Eksekutif Editorial NSTP, dan tetamu-tetamu jemputan.

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara ketika sidang media berlangsung...

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara meninjau kawasan sekitar...





YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara melawat gerai-gerai yang telah disediakan...

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra dengan peserta pancing...

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara turut menunjukkan bakat memancing ikan...

Berkongsi cerita dan pengalaman...

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara ketika melihat acara memancing dijalankan...






Bermacam ragam peserta...

Ragam peserta...

Inilah tangkapan yang membawa tuah kepada pemenang...

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara meluangkan masa memeriksa kesihatan...

YDH
Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempat
memberi tunjuk ajar kepada salah seorang kanak-kanak dalam pertandingan
mewarna...








YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara juga mengambil bahagian dalam acara sukaneka...

Antara orang ramai yang turut hadir...

Bacaan doa...

Antara tetamu kehormat...

Pengacara majlis ketika memberi ucapan...

YDH Dato' Abdul Manan bin Mohd Hassan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan ketika menyampaikan kata-kata aluan...

Mr. Integriti turut dijadikan gimik diatas kemunculannya di acara tersebut...








Antara pemenang-pemenang cabutan bertuah...




Pemenang-pemenang pertandingan memancing sempena Hari Polis ke-205...





Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat yang hadir...

Anggota polis ketika tugas sempat beramah mesra dengan pengunjung yang datang...
Wartawan: L/kpl Irfan bin Bujang
Jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin / L/kpl Irfan bin Bujang