Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Remaja Antara Tujuh Ditahan Aktif Curi Motosikal Samun Di Spt

Published: 11 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tujuh lelaki termasuk empat remaja dipercayai anggota geng curi motosikal dan samun yang aktif di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini ditahan secara berasingan sejak Khamis sehingga semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-remaja-antara-tujuh-ditahan-aktif-curi-motosikal-samun-di-spt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:35 MYT

Bukit Mertajam, 11 Okt- Tujuh lelaki termasuk empat remaja dipercayai anggota geng curi motosikal dan samun yang aktif di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini ditahan secara berasingan sejak Khamis sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Rusli Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini pada Khamis dan menahan seorang lelaki.

"Susulan penahanan itu, polis menyerbu beberapa buah rumah di SPT dan menahan enam lagi lelaki serta merampas pelbagai barangan curi dan samun yang dilakukan kumpulan berkenaan," katanya di sini hari ini.

Katanya antara yang dirampas ialah dua buah motosikal RXZ, sebuah motosikal yang telah dibuang dalam tali air di Jalan Permatang Nibong, 26 pelbagai alat ganti motosikal, tiga rangka motosikal yang dibuang dalam tong sampah di Seberang Jaya, empat keping kad bank dan telefon bimbit.

Rusli berkata siasatan awal mendapat tujuh lelaki berusia 18 hingga 29 tahun itu aktif mencuri dan menyamun sejak awal tahun ini dengan menjadikan motosikal di kawasan perumahan flat dan pusat membeli belah sebagai sasaran.

"Motosikal curi itu akan dijual terus atau komponennya dileraikan untuk dijual dan polis percaya dengan penahanan itu dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes curi motosikal dan samun di daerah itu," katanya.

Semua mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman bagi membantu siasatan, katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 11 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM