Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Permis Diserbu 10 Orang Ditahan

Published: 13 Jun 2014 7.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menyerbu empat buah premis perjudian berkomputer dalam dua operasi berasingan iaitu di Pandan Mewah, Ampang dan Pudu. Seramai 10 lelaki termasuk lima pemain dan lima penjaga premis ditahan dalam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-permis-diserbu-10-orang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:20 MYT
KUALA LUMPUR, 8 Jun 2010 -- Polis hari Selasa menyerbu empat buah premis perjudian berkomputer dalam dua operasi berasingan iaitu di Pandan Mewah, Ampang dan Pudu di sini.

Pegawai Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat D7, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Supt Maszely Minhad yang mengetuai operasi itu berkata seramai 10 lelaki termasuk lima pemain dan lima penjaga premis ditahan dalam serbuan pada pukul 3.30 petang.

"Polis turut merampas 52 unit komputer, 52 buah kerusi, buku catatan harian dan wang tunai bernilai RM2,210.

"Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 18 hingga 50 tahun akan dibawa ke balai polis berdekatan dan tempoh tahanan reman akan ditentukan oleh mahkamah kelak," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Premis berkenaan dilaporkan telah beroperasi selama beberapa bulan dan pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.

Maszely berkata intipan terhadap keempat-empat premis terbabit telah dilakukan sejak tiga hari yang lepas.

Seramai enam orang pegawai dan 12 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang terlibat dalam operasi itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap unit mesin atau dipenjara sehingga lima tahun.

ArticlePublished 13 Jun 2014 7.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM