Empat Pengedar Dadah Ditahan Rampas 386 13 Gram Heroin
Alor
Setar, 23 Jan - Polis menahan empat pengedar dadah dan merampas dadah
jenis heroin seberat 386.13 gram bernilai RM12,000 dalam tiga serbuan di
sekitar daerah Kota Setar.
Ketua
Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata empat lelaki
tempatan berumur antara 28 hingga 56 tahun itu dipercayai pengedar dadah
yang aktif mengedar bahan terlarang itu di daerah berkenaan.
Beliau
berkata dalam tangkapan 5 petang semalam, polis menahan seorang lelaki
41 tahun dipercayai pengedar dadah di pelantar nelayan Kampung Sebatang
Pinang, Kuala Kedah.
Katanya
hasil pemeriksaan dalam beg suspek, polis menjumpai 13 paket lutsinar
dan enam batang straw minuman berisi dadah jenis heroin seberat 126.13
gram bernilai RM4,500.
"Ketika
serbuan dilakukan suspek dikatakan sedang menjual dadah terbabit kepada
pelanggannya dan bertempiaran lari apabila polis menyerbu kawasan itu,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Polis terpaksa bergelut dengan suspek terbabit yang cuba melarikan diri bersama pelanggan lain yang terjun ke laut, katanya.
Adzaman berkata suspek yang positif dadah jenis morfin ditahan reman enam hari bermula hari ini.
Beliau
berkata dalam serbuan 2 Jan lepas di sebuah rumah di Titi Gajah dekat
sini selepas melakukan intipan selama dua minggu, polis menahan dua
lelaki dipercayai pengedar dadah berumur 28 dan 33 tahun kira-kira pukul
1.45 pagi.
Hasil
pemeriksaan dalam rumah terbabit, polis menjumpai 11 paket dadah
dipercayai heroin seberat 75 gram bernilai RM2,500 di atas meja
dipercayai untuk diedarkan kepada pelanggan.
"Kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin," katanya.
Adzaman
berkata dalam satu lagi serbuan pada 15 Jan lepas, polis merampas dadah
jenis heroin seberat 185 dan menahan seorang lelaki berumur 56 tahun di
Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 9.15 malam.
Heroin
itu dibungkus dengan surat khabar dan diletakkan dalam beg bagi
mengelak dikesan pihak berkuasa, kata Adzaman sambil menambah suspek
tidak memiliki rekod jenayah sebelum ini.
Sumber : BERNAMA