Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Lelaki Seorang Wanita Suspek Kes Samun Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.25 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Johor Baharu, 23 Jan - Polis Johor berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat di dalam kes samun kenderaan di sebuah stesen minyak di Yong Peng, Batu Pahat, Selasa lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-lelaki-seorang-wanita-suspek-kes-samun-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:36 MYT

Johor Baharu, 23 Jan - Polis Johor berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat di dalam kes samun kenderaan di sebuah stesen minyak di Yong Peng, Batu Pahat, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua suspek ditahan selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas setelah merempuh satu sekatan jalan dan melanggar kereta serta motosikal polis yang cuba menahan mereka.

"Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 30-an," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, katanya kelima-lima suspek telah menyamun kenderaan pacuan empat roda dan mencederakan pemiliknya seorang lelaki berusia 50 tahun di stesen minyak tersebut pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata polis menemui sebuah komputer riba dan dadah di dalam kenderaan itu dan siasatan lanjut ke atas suspek membawa kepada penemuan sebuah lagi kereta yang dilaporkan dicuri di Danga Bay.

Mokhtar berkata, seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang melibatkan dua kes samun dan enam kes dadah.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 27 Jan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun keseksaan dan polis percaya dengan penangkapan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan enam kes samun berlaku sekitar Batu Pahat.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.25 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM