Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Pelajar Sekolah Ditahan Bantu Siasatan Rogol

Published: 17 Aug 2016 6.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Baharu, 17 Ogos 2016 - Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai semalam bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu, sekolah yang sama.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-pelajar-sekolah-ditahan-bantu-siasatan-rogol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:23 MYT

Johor Baharu, 17 Ogos 2016 - Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai semalam bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu, sekolah yang sama.

Kejadian dilaporkan berlaku sejak April hingga awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kesemua remaja lelaki berumur antara 13 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi semalam, di rumah masing-masing.

"Kejadian terbabit terbongkar selepas ibu mangsa yang merupakan seorang kerani berumur 34 tahun dipanggil oleh guru sekolah anaknya dan kemudian dimaklumkan kemungkinan anaknya menjadi mangsa rogol," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abdul Wahib berkata ibu mangsa kemudian membawa anaknya yang berumur 13 tahun itu ke balai polis tiga hari lepas bagi membuat laporan dan kemudian ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat pelajar itu sehingga Selasa depan.- BERNAMA

ArticlePublished 17 Aug 2016 6.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM