Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Laras Senapang Angin Buatan Sendiri Dirampas

Published: 18 Jun 2014 1.37 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Tanah Merah, 25 Sept - Polis merampas empat laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di bawah Ops Cantas Khas di sebuah pondok di Kampung Batu 5 1/2, Bendang Nyior hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-laras-senapang-angin-buatan-sendiri-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:58 MYT

Tanah Merah, 25 Sept - Polis merampas empat laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di bawah Ops Cantas Khas di sebuah pondok di Kampung Batu 5 1/2, Bendang Nyior hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Aziz Mahmud berkata dalam serbuan kira-kira 3.30 pagi itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai pemilik senapang berkenaan.

Beliau berkata polis turut menemui cecair jenis 'spirit' yang dipercayai digunakan bagi menggerakkan biji guli sebagai peluru.

"Bagaimanapun, seorang rakan suspek, yang merupakan warga Thailand, berjaya meloloskan diri ketika serbuan dilakukan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Aziz berkata suspek dipercayai mempelajari ilmu membuat senapang daripada rakannya yang melarikan diri dalam serbuan itu.

"Hasil maklumat yang diperoleh, senapang itu dijual antara RM300 dan RM350 selaras, dan ia digunakan antaranya untuk memburu binatang.

"Hasil ujian yang dilakukan, senjata itu mampu menembusi sekeping papan walaupun digunakan dari jarak 20 meter dan mampu mencederakan orang," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.37 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM