Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Ah Long Ditahan Di Jerteh Dan Besut

Published: 17 Jun 2014 2.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Bertindak atas maklumat tersebut, kita menjalankan siasatan dan berjaya memberkas tiga lelaki di sebuah kedai di Jerteh. 'Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiganya sedang mendekati mangsa,'..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-ah-long-ditahan-di-jerteh-dan-besut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:37 MYT

Empat Ah Long Ditahan Di Jerteh Dan Besut

Kuala Terengganu, 9 April - Empat individu yang dipercayai 'Ah Long' yang sedang berusaha memberi pinjaman kepada orang ramai ditahan di sekitar Jerteh dan Besut awal bulan ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Koh Ah Tiam berkata mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan berikutan aduan orang ramai.

Mereka dipercayai datang dari luar negeri ini, katanya.

"Bertindak atas maklumat tersebut, kita menjalankan siasatan dan berjaya memberkas tiga lelaki di sebuah kedai di Jerteh.

"Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiganya sedang mendekati mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata hasil siasatan ke atas mereka, seorang lagi lelaki yang dipercayai sebagai penyelia mereka ditahan pada 4 April di Besut dan daripadanya dirampas sejumlah wang tunai serta dokumen urus niaga pinjaman.

Koh berkata ahli kumpulan ini dipercayai baharu dua bulan menjalankan kegiatan tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pindaan 2011). - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM