Artikel
Edar Kanabis Atuk Dan Sahabat Dihukum Mati
EDAR KANABIS : ATUK DAN SAHABAT DIHUKUM MATI : Seorang peniaga dan rakannya yang sudah mempunyai 10 cucu masing-masing dijatuhi hukuman gantung sampai mati ole...
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh pertama, Zainal Nanyan, 48, dan tertuduh kedua, Desar Din, 60, selepas berpuas hati bahawa pihak pembela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pendakwaan.
Mereka didakwa secara bersama mengedar 4,497.3 gram kanabis di simpang jalan Sungai Badak, dekat Gurun pada pukul 5.45 petang 21 Mei 2009.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
