Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Edar Kanabis Atuk Dan Sahabat Dihukum Mati

Published: 16 Jun 2014 8.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
EDAR KANABIS : ATUK DAN SAHABAT DIHUKUM MATI : Seorang peniaga dan rakannya yang sudah mempunyai 10 cucu masing-masing dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam sele..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/edar-kanabis-atuk-dan-sahabat-dihukum-mati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:23 MYT
EDAR KANABIS : ATUK DAN SAHABAT DIHUKUM MATI : Seorang peniaga dan rakannya yang sudah mempunyai 10 cucu masing-masing dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh pertama, Zainal Nanyan, 48, dan tertuduh kedua, Desar Din, 60, selepas berpuas hati bahawa pihak pembela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pendakwaan.

Mereka didakwa secara bersama mengedar 4,497.3 gram kanabis di simpang jalan Sungai Badak, dekat Gurun pada pukul 5.45 petang 21 Mei 2009.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Edar Kanabis Atuk Dan Sahabat Dihukum Mati
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM