Dvd Cetak Rompak Dan Lucah Bernilai Lebih Rm 140 000 Dimusna
Kuala
Lumpur, 25 Jun - Polis hari ini memusnahkan lebih 23,000 keping cakera
video digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai lebih RM140,000.
Ketua
Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata DVD cetak rompak
tersebut dirampas sekitar Gombak sejak 2005 sehingga 2012.
Kesemua
DVD itu dimusnahkan dengan menggunakan kenderaan penggelek jalan di
padang kawad Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini.
DVD
cetak rompak itu yang kebanyakannya filem Inggeris, China, India dan
Indonesia dijual antara RM6 hingga RM10 sekeping, katanya.
Sumber : BERNAMA