Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Tekong Ditahan Cuba Bawa Masuk Warga Asing

Published: 10 Jul 2014 9.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat risikan yang diperolehi pihaknya telah membuat operasi dan berjaya menahan sebuah sampan yang dinaiki 23 orang warga Indonesia..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-tekong-ditahan-cuba-bawa-masuk-warga-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:20 MYT
Muar, 14 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan manusia warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini di perairan Kuala Sungai Muar, Johor malam tadi.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat risikan yang diperolehi pihaknya telah membuat operasi dan berjaya menahan sebuah sampan yang dinaiki 23 orang warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak dan dua tekong.

"Kami mengejar sampan yang digunakan hampir 10 minit sebelum berjaya dihentikan dan menahan kesemua warga asing itu," katanya lagi.

Kesemua mereka dibawa ke pangkalan PPM Muar untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yg sah dan Seksyen 26A ATIPSOM iaitu penyeludupan migran.

Dua Tekong Ditahan Cuba Bawa Masuk Warga Asing

Sumber: PPM
ArticlePublished 10 Jul 2014 9.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM