Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bookie Kecundang

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui mesin kira, sebuah komputer riba, seunit jalur lebar, buku bil, resit pendua dan peralatan alat tulis serta wang tunai berjumlah RM 1,990 yang dipercay..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bookie-kecundang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:56 MYT
Pulau Pinang- seorang lelaki berusia 18 tahun ditahan dalam pemeriksaan di sebuah kafe di Paya Terubong, di sini, awal pagi semalam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pertaruhan kejohanan bola sepak berprestij itu.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, suspek berusia 18 tahun itu ditahan di scbuah meja apabila dia dipercayai sibuk mengendalikan urusan pertaruhan perjudian bola sepak Piala Dunia. 

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui mesin kira, sebuah komputer riba, seunit jalur lebar, buku bil, resit pendua dan peralatan alat tulis serta wang tunai berjumlah RM 1,990 yang dipercayai wang hasil pertaruhan yang dibuat kaki judi.

“Suspek kemudian dibawa ke IPD Timur Laut, untuk siasatan lanjui me ngikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1963,”katanya ketika di temui pada Majlis Pemakaian Pangkat lnspektor ke Asisten Superintendan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, semalam. 


Bookie Kecundang
Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM