Artikel
Dua Tekong Ditahan Cuba Bawa Masuk Warga Asing
Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat risikan yang diperolehi pihaknya telah membuat operasi dan berjaya menahan sebuah sam...
Muar, 14 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan aktiviti
penyeludupan manusia warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini di
perairan Kuala Sungai Muar, Johor malam tadi.
Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat risikan yang diperolehi pihaknya telah membuat operasi dan berjaya menahan sebuah sampan yang dinaiki 23 orang warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak dan dua tekong.
"Kami mengejar sampan yang digunakan hampir 10 minit sebelum berjaya dihentikan dan menahan kesemua warga asing itu," katanya lagi.
Kesemua mereka dibawa ke pangkalan PPM Muar untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yg sah dan Seksyen 26A ATIPSOM iaitu penyeludupan migran.

Sumber: PPM