Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Suspek Geng Kenduri Ditahan Dalam Tempoh Kurang 24 Jam

Published: 21 Mar 2017 9.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Yan, 21 Mac 2017 - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah kereta di sekitar kawasan Yan semalam ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu kejadian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-suspek-geng-kenduri-ditahan-dalam-tempoh-kurang-24-jam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:00 MYT

Yan, 21 Mac 2017 - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah kereta di sekitar kawasan Yan semalam ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu kejadian.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata kedua-dua suspek 'Geng Kenduri' itu ditahan dalam dua tangkapan di dua lokasi di sini.

"Suspek pertama berumur 34 tahun, ditangkap pada pukul 8.15 malam tadi di Flat Paya Nahu, Taman Ria Jaya.

"Tidak lama selepas itu suspek kedua berumur 48 tahun ditahan di hadapan sebuah kedai nasi kandar di Taman Seruling, Jalan Bakar Sampah pada pukul 9.30 malam.

"Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine/methamphetamine, dan masing-masing mempunyai enam dan tujuh rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk satu tablet jenama Samsung dipercayai milik seorang mangsa dan lastik yang digunakan untuk memecahkan cermin kereta dan kopiah.

"Kedua-dua suspek yang dibebaskan dari penjara kira-kira sebulan lalu atas kesalahan dadah, akan direman selama empat hari sehingga 24 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 21 Mar 2017 9.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM