Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Cekup Pencuri Kabel Telefon

Diterbitkan: 21 Mar 2017 9.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seri Iskandar, 21 Mac 2017 - Polis menahan dua lelaki berusia 40-an yang sedang mencuri kabel milik syarikat telekomunikasi dan merampas peralatan digunakan di Kilometer 31, Jalan Kampung Gajah-Bota Kanan, Kampung Gajah, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-cekup-pencuri-kabel-telefon
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:09 MYT

Seri Iskandar, 21 Mac 2017 - Polis menahan dua lelaki berusia 40-an yang sedang mencuri kabel milik syarikat telekomunikasi dan merampas peralatan digunakan di Kilometer 31, Jalan Kampung Gajah-Bota Kanan, Kampung Gajah, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, sepasukan pegawai serta anggota yang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan itu, terserempak dengan kedua-dua suspek dan seorang daripada mereka sedang menarik kabel manakala seorang lagi berada dalam lori.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-dua suspek dengan seorang daripadanya menjalankan perniagaan besi buruk, ditahan selepas didapati memotong kabel berkenaan untuk dicuri.

Katanya, polis turut merampas lori serta peralatan digunakan, antaranya pisau, sarung tangan dan alat pemotong besi.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kes dadah.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2017 9.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM