Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Suspek Edar Dadah Ditahan

Published: 19 Jun 2014 1.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Labuan, 12 Feb - Polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita dan merampas syabu seberat 12.04 gram dalam dua tangkapan berasingan di sekitar bandar, di sini, baru-baru ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-suspek-edar-dadah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:29 MYT

Labuan, 12 Feb - Polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita dan merampas syabu seberat 12.04 gram dalam dua tangkapan berasingan di sekitar bandar, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata dalam serbuan pertama pada anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan wanita tempatan berumur 20 tahun yang disyaki pengedar dadah.

"Semasa diberkas terdapat satu kotak rokok di tangan suspek dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah jenis syabu seberat 6.64 gram di dalam kotak rokok itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hasil siasatan ke atas wanita berkenaan membawa kepada penangkapan rakannya seorang lelaki berusia 30 tahun, katanya.

"Polis menemui satu paket plastik dipercayai dadah jenis syabu daripada suspek lelaki dengan anggaran berat kasar 5.40 gram di dalam poketnya," katanya.

Hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine, katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM