Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Suspek Edar Dadah Ditahan Di Tawau

Diterbitkan: 15 Apr 2015 10.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 15 April - Polis menahan dua suspek lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat lebih 400 gram dalam dua tangkapan berasingan di Taman Sejati, Semarak, di sini semalam dan Isnin lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-suspek-edar-dadah-ditahan-di-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:21 MYT


Tawau, 15 April - Polis menahan dua suspek lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat lebih 400 gram dalam dua tangkapan berasingan di Taman Sejati, Semarak, di sini semalam dan Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam serbuan pertama pada 5.30 petang Isnin lepas, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menahan seorang lelaki berusia 23 tahun disyaki pengedar dadah di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

"Semasa diberkas suspek sedang duduk di restoran berkenaan. Hasil pemeriksaan terdapat satu paket lutsinar dipercayai dadah jenis syabu seberat 115 gram yang cuba disorok di tempat duduk suspek," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan kedua pada 11.30 pagi semalam, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki berusia 67 tahun disyaki pengedar dadah di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan taman berkenaan.

Awang Besar berkata semasa diperiksa polis menemui satu plastik mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat lebih 300 gram di dalam kereta suspek.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman tujuh hari masing-masing bermula semalam dan hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 15 Apr 2015 10.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM