Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Sindiket Curi Motosikal Lumpuh Lapan Anggota Sindiket D

Published: 17 Jun 2014 2.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Satu sindiket lagi menggunakan nama geng Bukit terlibat dalam aktiviti berkenaan sejak 2010 dan anggotanya terdiri daripada mereka yang pakar mencuri dan meleraikan motosikal serta mempunyai bengkel ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-sindiket-curi-motosikal-lumpuh-lapan-anggota-sindiket-d
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:51 MYT

Balik Pulau, 28 Feb - Polis percaya dapat melumpuhkan dua sindiket mencuri motosikal yang bergerak aktif di sekitar Daerah Barat Daya selepas menahan lapan lelaki, Jumaat dan Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata hasil risikan dan maklumat awam kesemua suspek berumur antara 17 dan 20 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Bayan Lepas, Bayan Baru dan Balik Pulau.

Katanya tiga daripada mereka menganggotai kumpulan yang dikenali sebagai geng Pantai dan telah menjalankan kegiatan itu sejak pertengahan 2012.

"Satu sindiket lagi menggunakan nama geng Bukit terlibat dalam aktiviti berkenaan sejak 2010 dan anggotanya terdiri daripada mereka yang pakar mencuri dan meleraikan motosikal serta mempunyai bengkel sendiri di Sungai Rusa, di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Susulan penahanan suspek, polis turut menemui 14 rangka motosikal dan lebih 12 set pelbagai komponen motosikal.

Beliau berkata komponen motosikal yang dileraikan itu dijual dengan harga serendah RM500 hingga RM1,000 kepada penduduk tempatan.

Katanya kesemua suspek didapati positif dadah dan masih dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara serta denda, jika sabit kesalahan.

Lai turut menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh membeli komponen atau alat ganti motosikal dengan harga murah kerana ia dikhuatiri barangan curi.

"Jika kita dapat tangkap, pembeli barangan curi boleh ditahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan atau Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dari enam bulan hingga tujuh tahun dan denda," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM