Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Sepupu Maut Kereta Bertembung Bas

Diterbitkan: 01 Mar 2016 6.25 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Kuala Selangor, 1 Mac- Dua sepupu maut apabila kereta mereka bertembung sebuah bas persiaran di Jalan Bukit Belimbing di sini awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-sepupu-maut-kereta-bertembung-bas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:41 MYT

Kuala Selangor, 1 Mac- Dua sepupu maut apabila kereta mereka bertembung sebuah bas persiaran di Jalan Bukit Belimbing di sini awal pagi tadi.

Mereka ialah pemandu kereta tersebut M. Navin, 19, dan penumpangnya R. Devaraj, 18.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Roslan Abdullah berkata kejadian pukul 7 pagi itu berlaku apabila Toyota Vios berwarna biru yang dipandu Navin terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh bas berkenaan.

Navin dilapor dalam perjalanan dari Kampung Bukit Belimbing untuk menghantar Devaraj ke sebuah sekolah di Kuala Selangor, katanya.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 01 Mar 2016 6.25 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM