Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Premis Judi Haram Diserbu Tujuh Individu Ditahan

Published: 17 Jun 2014 5.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
"Kedai berkenaan baru sahaja memulakan operasi dan ia dibuka bermula jam 12 tengah hari khusus kepada pekerja yang sedang berehat sehingga lewat malam," katanya kepada pemberita...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-premis-judi-haram-diserbu-tujuh-individu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:13 MYT

George Town, 13 Jun - Polis merampas 10 set komputer yang telah diubahsuai untuk perjudian dan menahan enam lelaki dan seorang wanita dalam serbuan berasingan di kedai internet dan sebuah pusat hiburan di Air Itam, di sini hari ini dan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata dalam serbuan di kedai internet di Jalan Pasar pada 12.15 tengah hari, polis menahan pemilik premis dan dua pemain judi berusia 25 dan 50 tahun.

"Kedai berkenaan baru sahaja memulakan operasi dan ia dibuka bermula jam 12 tengah hari khusus kepada pekerja yang sedang berehat sehingga lewat malam," katanya kepada pemberita.

Dalam serbuan di pusat hiburan di Medan Angsana Bandar Baru pada 1.30 tengah hari semalam, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Singapura dan seorang wanita warga Vietnam berusia 30-an hingga 40-an yang berada dalam premis itu.

"Dalam serbuan itu kita turut merampas 10 komputer, tiga modem dan wang tunai berjumlah RM1,300," katanya.

Katanya pemilik premis boleh didakwa mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan manakala pemain judi mengikut Seksyen 7 (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000. 

BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM