Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Polis Cedera Dirempuh Kereta Penjenayah

Published: 02 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai terbabit dalam jenayah samun dan pecah rumah merempuh anggota Skuad Ninja dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) yang sedang menjalankan rondaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-polis-cedera-dirempuh-kereta-penjenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:28 MYT

Dua Polis Cedera Dirempuh Kereta Penjenayah

Johor Bahru - Dua anggota polis Skuad Ninja cedera, manakala sebuah motasikal mereka terbakar selepas dirempuh kereta dipandu penjenayah dalam kejadian di Jalan Kebun Teh, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai terbabit dalam jenayah samun dan pecah rumah merempuh anggota Skuad Ninja dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) yang sedang menjalankan rondaan. 

Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata, ketika kejadian lima anggota Skuad Ninja sedang melakukan rondaan menghampiri sebuah kereta Volkswagen Beetle yang berhenti di tepi jalan. 

Katanya, suspek kemudian menghidupkan kenderaan itu sejurus menyedari kehadiran polis sebelum mengundur dan merempuh dua anggota polis terbabit.

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 02 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM