Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dari Bukit Aman Bersama Menghadapi Bah

Diterbitkan: 02 Jan 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seperti biasa, seluruh rakyat Malaysia mempamerkan solidariti yang amat membanggakan dalam sama-sama membantu mangsa banjir, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dari-bukit-aman-bersama-menghadapi-bah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:20 MYT

Dari Bukit Aman Bersama Menghadapi Bah

Di saat akhir kita menghabiskan sisa-sisa 2014, kita diduga dengan bencana banjir luar biasa yang melanda beberapa negeri di Semenanjung.

Seluruh jentera kerajaan yang terlibat dalam pengurusan banjir kemudian digerakkan sepenuhnya demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

Jabatan serta agensi kerajaan terbabit sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bersepadu supaya gerak kerja yang dilaksanakan lebih terselaras dan berkesan.

Seperti biasa, seluruh rakyat Malaysia mempamerkan solidariti yang amat membanggakan dalam sama-sama membantu mangsa banjir, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sumbangan datang mencurah-curah dan pihak korporat turut membantu untuk memudahkan misi bantuan banjir.

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 02 Jan 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM