Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Penjenayah Tegar Tumpas

Published: 09 Sep 2014 9.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua penjenayah maut manakala tiga anggota polis cedera berbalas tembak di sebuah rumah di Kampung Banggol Telipot, Pasir Putih semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-penjenayah-tegar-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:12 MYT
Kota Bharu, 9 Sept - Dua penjenayah maut manakala tiga anggota polis cedera berbalas tembak di sebuah rumah di Kampung Banggol Telipot, Pasir Putih semalam.

Dua lelaki yang ditembak mati itu dikenali sebagai Hatim Mohd Zain, 25 dan Mohamad Hafiz Saupi, 25, dikehendaki polls kerana terbabit dengan beberapa kes jenayah termasuk bunuh, cubaan bunuh membabitkan senjata api serta penjualan dadah di negeri ini.

Tiga anggota polls yang cedera dalam serbuan jam 4.15 pagi itu ialah Inspektor Shukri Hassan, Koperal Zulkfli Mat Din dan Lans Koperal Zahari Abdul Hamid.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis melalui Ops Cantas Senjata Api menyerbu rumah terbabit untuk menahan suspek.

Katanya, ketika serbuan itu, suspek enggan membuka pintu rumah menyebabkan polis terpaksa memotong kunci mangga pada jeriji pintu utama untuk masuk.

"Saya difahamkan terdapat dua bilik di dalam rumah berkenaan, ketika hendak membuat pemeriksaan di bilik pertama^ polls terpaksa memecahkan pintu dan seorang lelaki yang berada di dalam bilik itu (Mohamad Mafiz) melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri menyebabkan suspek maut ditempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Bharu, semalam.

"Dengan tumpasnya dua suspek ini, kita percaya dapat menyelesaikan dua kes bunuh dan tiga kes cubaan bunuh membabitkan senjata api sekitar negeri ini,” katanya.

Dua Penjenayah Tegar Tumpas


Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 09 Sep 2014 9.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM