Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pengedar Ditahan Dadah Pelbagi Jenis Dirampas

Diterbitkan: 12 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pihak polis mengejar dua individu yang dipercayai pengedar dadah yang melarikan diri dengan sebuah kereta sejauh 50 kilometer, sebelum mereka ditahan dan beberapa jenis dadah dirampas daripada mereka.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pengedar-ditahan-dadah-pelbagi-jenis-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:09 MYT

Kota Bharu, 12 Okt - Pihak polis mengejar dua individu yang dipercayai pengedar dadah yang melarikan diri dengan sebuah kereta sejauh 50 kilometer, sebelum mereka ditahan dan beberapa jenis dadah dirampas daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Md Isa berkata, kejadian berlaku Sabtu lalu.

"Pihak polis terserempak dengan dua lelaki yang berusia 29 dan 18 tahun itu di sekitar Jalan Bunut Sarang Burung, Wakaf Bharu (Tumpat).

"Suspek bertindak memecut kereta mereka setelah pihak polis memperkenalkan diri mereka. Suspek kemudiannya dikejar selama dua jam sehingga Jambatan Kemubu di Kok Lanas.

"Semasa melarikan diri, suspek turut beberapa kali merempuh kenderaan yang dinaiki anggota polis. Kedua-dua suspek berjaya ditahan pada pukul 7.30 petang selepas kenderaan mereka melanggar sebuah kereta awam di jambatan itu," katanya.

Rohaimi berkata, ditemui 251 biji pil kuda, 15. 5 gram syabu, 3 gram heroin, 2 gram ganja dan 1 biji pil Eramin 5 yang keseluruhan bernilai RM11,065 daripada kereta suspek.

Beliau sekali gus menafikan berlaku kejadian tembak-menembak antara pasukan polis dengan penjenayah sebagaimana yang tersebar di laman sosial Facebook semalam.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 12 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM