Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Penagih Diberkas Curi Kabel Telekom

Published: 17 Jun 2014 3.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Semasa menyerbu tempat kejadian, kedua-dua suspek yang berusia 32 tahun sedang mengerat kabel sepanjang lebih 10 meter dengan parang, pemotong wayar dan pisau lipat...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-penagih-diberkas-curi-kabel-telekom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:08 MYT

Kuantan, 24 April - Dua lelaki yang sedang memotong kabel milik Telekom Malaysia di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu Cheroh, Raub diberkas semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Samsuddin Wan Osman berkata sepasukan anggota yang diketuai Ketua Balai Polis Cheroh, Sub Inspektor Radzi Saad bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat orang awam, kira-kira 3.30 petang semalam.

"Semasa menyerbu tempat kejadian, kedua-dua suspek yang berusia 32 tahun sedang mengerat kabel sepanjang lebih 10 meter dengan parang, pemotong wayar dan pisau lipat.

"Suspek yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Samsuddin berkata kedua-dua suspek turut didapati positif dadah.

Mereka direman selama empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM