Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Pemilik Akaun Sosial Ditangkap

Published: 12 Jun 2014 6.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengarah JSJK turut menasihatkan semua pengguna media sosial di negara ini agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum memuat naik (posting) ke blog mereka atau ke mana-mana media sosial...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pemilik-akaun-sosial-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:05 MYT

Oleh : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Nur Akhmar binti Mohamed Abhar

DUA PEMILIK AKAUN SOSIAL DITANGKAP

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Dua lelaki berusia 38 tahun yang menggunakan nama Jason King ditangkap di Klang, Selangor manakala pemilik akaun Twitter PapaGomo pula diberkas di Setapak, Kuala Lumpur.

Dua pemilik akaun media sosial itu telah ditangkap bagi membantu siasatan atas kesalahan memfitanh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kenyataan berunsur perkauman, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH Dato' Wira Syed Ismail Syed Azizan berkata, semua pemilik twitter dan blogger dinasihatkan agar berhati-hati ketika memuat naik sebarang komen.

Menurutnya, komen harus dipastikan tidak mempunyai elemen hasutan, fitnah mahupun sebarang isu yang boleh menimbulkan rasa tidak tenteram di kalangan pembaca dan seterusnya menggugat kententeraman awam.

"Turut dirampas bersama dua individu terbabit adalah laptop, telefon bimbit, external hard disk dan beberapa peralatan komputer lain," katanya dalam sidang media di sini.

Pengarah JSJK turut menasihatkan semua pengguna media sosial di negara ini agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum memuat naik (posting) ke blog mereka atau ke mana-mana media sosial.

Kes adalah disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 / Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dihukuman penjara tidak melebihi 1 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 / Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang mana membawa hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Dua Pemilik Akaun Sosial Ditangkap
Dato' Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Dua Pemilik Akaun Sosial Ditangkap
Dua Pemilik Akaun Sosial Ditangkap
Dua Pemilik Akaun Sosial Ditangkap
Dua Pemilik Akaun Sosial Ditangkap
Antara Pegawai Kanan Polis dan rakan media yang hadir
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM