Bukit Aman, 10 Mei 2013 – Persatuan
Keluarga Polis (PERKEP) telah menerima satu kunjungan muhibah daripada
Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS) di Rumah PERKEP Bukit Aman pada pagi
ini. Rombongan PEWAKAS yang diketuai oleh Yang Dipertua PEWAKAS, Y.Bhg
Datin Sri Rohana binti Mohd Zin disambut mesra oleh Y.Bhg Puan Sri Datin
Sri Hjh Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Antara
aktiviti sepanjang kunjungan berlangsung ialah lawatan ke Rumah PERKEP
Bukit Aman dan lawatan ke Rumah Tetamu PERKEP Bukit Aman serta
pendedahan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PERKEP Bukit Aman.
Lawatan
selesai selepas rombongan PEWAKAS dijemput untuk menjamu selera di
Dewan PERKEP Bukit Aman. Sebelum selesai majlis, Yang Dipertua PEWAKAP,
Y.Bhg Datin Sri Rohana binti Mohd Zin berkesempatan menyampaikan
sumbangan berjumlah RM 9005.00 kepada Tabung Wira Lahad Datu, Sabah.
Gambar sepanjang lawatan berlangsung.