Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Mesin Atm Sebuah Bank Di Putatan Diletupkan

Published: 24 Jun 2016 4.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Putatan, 24 Jun- Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di sini, diletupkan dan sejumlah wang tunai dilarikan dalam kejadian rompakan awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-mesin-atm-sebuah-bank-di-putatan-diletupkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:50 MYT
Putatan, 24 Jun- Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di sini, diletupkan dan sejumlah wang tunai dilarikan dalam kejadian rompakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.20 pagi itu, lima penjenayah bertopeng bertindak mengacukan pisau kepada seorang pengawal keselamatan bertugas di premis itu sebelum meloloskan diri menggunakan sebuah kenderaan dipercayai jenis Perodua Viva.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Salehhuddin Abdul Rahman berkata anggota polis yang bertugas di pondok polis berhampiran bergegas ke tempat kejadian sejurus terdengar bunyi letupan itu.

"Kumpulan suspek yang memakai topeng itu meletupkan dua mesin ATM dan melarikan sejumlah wang tunai," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah itu adalah suspek sama melakukan rompakan mesin ATM di daerah Membakut pada April lalu.

Salehhuddin berkata sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi melakukan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes letupan mesin ATM itu.

Polis turut menjalankan Op Tutup bagi mengesan suspek. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.- BERNAMA
ArticlePublished 24 Jun 2016 4.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM