Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ab Rashid Ketua Polis Perlis Yang Baharu

Diterbitkan: 24 Jun 2016 5.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Kangar, 24 Jun- Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab dilantik Ketua Polis Perlis yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ab-rashid-ketua-polis-perlis-yang-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:03 MYT
Kangar, 24 Jun- Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab dilantik Ketua Polis Perlis yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Ab Rashid, 57, menggantikan SAC Shafie Ismail yang dilantik Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Kuala Lumpur menggantikan SAC Datuk Mohd Rodzi Ismail yang bersara wajib pada 26 Jun ini.

Majlis serah dan terima tugas antara Shafie dan Abd Rashid berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Ab Rashid yang berkhidmat 37 tahun dengan PDRM berkata akan menggunakan segala pengalaman dimiliki bagi meneruskan usaha dan perancangan Shafie dalam memastikan keselamatan negeri dan masyarakat di tahap optimum.

"Saya lihat di Perlis ini suasananya lebih tenang dan diharap semuanya akan berjalan dengan baik, jika perlu penambahbaikan, saya akan perhalusi bersama dengan pasukan saya selepas ini," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam masa terdekat menjelang Hari Raya Aidilfitri, operasi bersepadu membanteras penyeludupan bunga api dan mercun di sempadan Malaysia-Thailand akan dipergiat serta menjadi fokus utama, kata Ab Rashid.

Beliau berharap ibu bapa memantau anak-anak mereka agar tidak ada yang tercedera akibat mercun.

Pada masa sama polis turut memberi perhatian terhadap kempen keselamatan bagi mereka yang pulang ke kampung dan meninggalkan rumah mereka," tambahnya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2016 5.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM