Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Maut Dua Cedera Babitkan Nahas Lima Kenderaan Di Pedas

Published: 13 Apr 2016 6.56 AM Updated: 15 Aug 2026 7.29 PM
Seremban, 13 April- Dua maut dan dua cedera manakala tiga yang lain terselamat dalam nahas melibatkan lima kenderaan di KM235.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas, tengah malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-maut-dua-cedera-babitkan-nahas-lima-kenderaan-di-pedas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:33 MYT

Seremban, 13 April- Dua maut dan dua cedera manakala tiga yang lain terselamat dalam nahas melibatkan lima kenderaan di KM235.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata mangsa pertama seorang lelaki, Low Boon Lin, 20, berasal dari Ampangan dekat sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Seorang lagi mangsa wanita, Tan Jia Hui, 19, beralamat di Taman Rasah Jaya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, katanya.

"Kemalangan itu melibatkan empat kenderaan jenis Proton Saga, Proton Wira, Perodua Alza, Toyota Vios dan sebuah lori tiga tan," katanya ketika dihubungi.

Mayat Low dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala mereka yang cedera dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut.- BERNAMA

ArticlePublished 13 Apr 2016 6.56 AMUpdated 15 Aug 2026 7.29 PM