Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Motosikal Pengedar Dadah

Diterbitkan: 13 Apr 2016 7.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Bachok, 13 April- Seorang pegawai penyiasat dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok cedera selepas dirempuh motosikal yang dipercayai ditunggang pengedar dadah dalam serbuan di Kampung Kolam di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pegawai-polis-cedera-dirempuh-motosikal-pengedar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT

Bachok, 13 April- Seorang pegawai penyiasat dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok cedera selepas dirempuh motosikal yang dipercayai ditunggang pengedar dadah dalam serbuan di Kampung Kolam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pegawai berkenaan Insp M Devandaran, 31, cedera di bahu dan tangan kiri akibat rempuhan tersebut.

"Beliau bagaimanapun hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Bachok," katanya pada sidang akhbar di IPD Bachok di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata ketika kejadian Devandaran mengetuai sepasukan anggota polis membuat serbuan di kawasan tali air di kampung berkenaan selepas menerima maklumat orang ramai.

"Ketika membuat pemeriksaan secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki seorang pengedar dadah cuba meloloskan diri dan terus merempuh Devandaran walaupun telah disuruh berhenti.

"Bagaimanapun kita berjaya menahan suspek yang berumur 35 tahun dan menemui tiga botol kecil berisi serbuk putih disyaki heroin dan satu paket plastik cerah berisi 10 pil berwarna merah jambu disyaki methamphetamine bernilai RM5,500 di dalam raga dan di bawah tempat duduk motosikal itu," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat dibawah Akta 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Apr 2016 7.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM