Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Termasuk Pelajar Ditahan Bawa Daun Ketum

Diterbitkan: 05 Feb 2018 4.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Parit, 5 Februari 2018 - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang pelajar kolej selepas menemukan satu kilogram daun ketum di dalam kereta dinaiki mereka di Kilometer 29, Lebuhraya Ipoh-Lumut, Seri Iskandar di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-termasuk-pelajar-ditahan-bawa-daun-ketum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:27 MYT

Parit, 5 Februari 2018 - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang pelajar kolej selepas menemukan satu kilogram daun ketum di dalam kereta dinaiki mereka di Kilometer 29, Lebuhraya Ipoh-Lumut, Seri Iskandar di sini hari ini.

Dua lelaki berusia 23 dan 20 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi itu ditahan dalam sekatan jalan raya pada pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kenderaan dinaiki dua lelaki itu ditahan setelah dilihat dalam keadaan yang mencurigakan.

Katanya, anggota polis kemudiannya telah mengarahkan pemandu untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum pemeriksaan dilakukan terhadap mereka.

"Pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang namun pemeriksaan ke atas kenderaan itu menjumpai guni mengandungi daun ketum seberat satu kilogram di bahagian tempat simpanan barang di bahagian belakang kereta tersebut.

"Daun ketum tersebut dipercayai untuk dijual di dalam kampus suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej di Lumut," katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati kedua-dua mereka tiada rekod jenayah lampau namun hasil ujian saringan air kencing positif dadah jenis methamphetamine. - UTUSAN ONLINE

Dua Lelaki Termasuk Pelajar Ditahan Bawa Daun Ketum
ArtikelDiterbitkan 05 Feb 2018 4.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM