Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Rumah Judi Di Miri Diserbu

Diterbitkan: 05 Feb 2018 8.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
MIRI, 5 Februari 2018 - Polis telah menyerbu dua rumah perjudian haram di bandar Miri serta menahan 25 suspek, minggu lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-rumah-judi-di-miri-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:45 MYT

MIRI, 5 Februari 2018 - Polis telah menyerbu dua rumah perjudian haram di bandar Miri serta menahan 25 suspek, minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata serbuan pertama yang diketuai Inspektor Nasrul Hadi Jahat pada 5.55 petang Jumaat lepas dilakukan di tingkat atas kedai barang alat ganti di Krokop.

“Polis terpaksa memotong mangga bagi memasuki premis sebelum menahan 13 lelaki berumur antara 21 dan 59 tahun kerana bermain judi ‘pai kow’ serta merampas wang tunai RM5,152 begitu juga cip judi bernilai RM500 dan RM1,000,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan kedua pula dijalankan pada 12.30 tengah malam 4 Feb lepas di premis rumah kedai di Simpang Ngu, Niah, yang diketuai Inspektor Mizlan Abdul Ghani, menyaksikan 12 lelaki berumur 25 dan 52 ditahan ketika bermain pai kow.

JSJ turut merampas wang tunai RM2,455, cip judi bernilai antara RM50 dan RM1,000 serta peralatan judi lain, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 05 Feb 2018 8.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM