Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Terlibat Dalam 12 Kes Pecah Rumah Ditahan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 5.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Polis merampas sepucuk pistol semi auto, satu kelopak mengandungi 11 butir peluru dan satu plastik lut sinar mengandungi tiga butir peluru daripada lelaki itu. Semasa pemeriksaan dilakukan, rakan lel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-terlibat-dalam-12-kes-pecah-rumah-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:39 MYT

Johor Bharu, 19 Jun - Polis percaya berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah yang dilakukan dua lelaki di sekitar Nusajaya di sini selepas menahan mereka di sebuah rumah di Taman Nusa Idaman, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kedua-dua mereka yang sedang memecah masuk rumah itu ditahan selepas polis menerima maklumat kejadian daripada jiran mangsa pada pukul 2.30 pagi.

"Polis kemudian merampas pelbagai barangan termasuk televisyen, parang panjang, empat tukul besi, spanar, kuku kambing, pemutar skru, sebungkus plastik berisi 20 rangkai kunci, tujuh pasport, lima buku bank, telefon bimbit serta kereta jenis Mitsubishi Triton daripada mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata semakan rekod mendapati kedua-dua lelaki berumur 33 tahun itu mempunyai rekod jenayah termasuk menceroboh, curi dan penyalahgunaan dadah. Beliau berkata mereka kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menahan seorang lelaki berumur 30 tahun kerana memiliki senjata api di Kulaijaya, dua hari lepas.

Beliau berkata anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Tokong, Sengkang, terserempak dengan lelaki itu bersama rakannya di dalam sebuah kereta, kira-kira pukul 7.10 malam.

"Polis merampas sepucuk pistol semi auto, satu kelopak mengandungi 11 butir peluru dan satu plastik lut sinar mengandungi tiga butir peluru daripada lelaki itu. Semasa pemeriksaan dilakukan, rakan lelaki itu, bagaimanapun, sempat melepaskan diri," katanya.

Menurut Mohd Mokhtar semakan mendapati kereta itu merupakan kereta yang dilaporkan hilang di Taman Pelangi, di sini dan lelaki tersebut yang mempunyai rekod jenayah berkaitan rompak kini direman sehingga Isnin depan.

Katanya sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan Liew Kwang Yen, yang memiliki kad pengenalan bernombor 770316-01-6019 dan beralamat di B, 34, Sengkang, Kulaijaya, untuk membantu siasatan.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 5.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM