Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Ditahan Terlibat Dalam Geng Samun

Published: 18 Jun 2014 8.01 AM Updated: 15 Sep 2026 8.17 AM
Johor Baharu, 16 Jan - Dua lelaki terpaksa berputih mata kerana tidak sempat 'menikmati' hasil rompakan apabila ditahan polis tidak lama selepas mereka menyamun dua lelaki warga Indonesia, di Pesiaran..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-terlibat-dalam-geng-samun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:59 MYT

Johor Baharu, 16 Jan - Dua lelaki terpaksa berputih mata kerana tidak sempat 'menikmati' hasil rompakan apabila ditahan polis tidak lama selepas mereka menyamun dua lelaki warga Indonesia, di Pesiaran Nusa Perintis, Gelang Patah, dekat sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamed berkata dalam kejadian pada 11.10 malam itu, polis terpaksa mengejar kedua-dua suspek bersama dua lagi rakan mereka sejauh hampir empat kilometer sebelum menahan mereka.

"Sebelum itu kita menerima aduan daripada seorang lelaki warga Indonesia yang memaklumkan beliau dan rakannya telah disamun oleh empat lelaki warga tempatan ketika sedang berjalan kaki di kawasan kejadian.

"Bertindak atas laporan, sekumpulan polis telah ke tempat kejadian bersama dengan mangsa dan telah terserempak dengan dua buah motosilal yang dinaiki suspek. Polis kemudian telah mengejar dan berjaya menahan dua daripada mereka yang terlibat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di sini hari ini.

Bagaimanapun, dua lagi suspek berjaya melarikan diri, katanya.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu polis berjaya menemui semula barangan mangsa dan merampas pelbagai barangan lain termasuk dua buah beg berjenama terkenal, enam telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah motosikal.

"Hasil siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan lima kes samun di sekitar Nusajaya dan dengan penahanan mereka, kita percaya berjaya menyelesaikan sebanyak 14 kes samun di Nusajaya dan Gelang Patah," katanya.

Nor Hashim berkata, keduda-dua lelaki berumur 18 dan 24 tahun itu kini ditahan reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.01 AMUpdated 15 Sep 2026 8.17 AM