Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lelaki Dicari Bantu Kes Culik

Published: 15 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua lelaki berusia 30 dan 36 tahun dikesan bagi membantu menyelesaikan satu kes culik membabitkan seorang lelaki berusia 20-an dalam kejadian di depan sebuah pasar raya, dua tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-dicari-bantu-kes-culik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:30 MYT

Kluang - Dua lelaki berusia 30 dan 36 tahun dikesan bagi membantu menyelesaikan satu kes culik membabitkan seorang lelaki berusia 20-an dalam kejadian di depan sebuah pasar raya, dua tahun lalu. 

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, orang ramai yang mengetahui atau mengenali kedua dua lelaki itu diminta memaklumkan kepada balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut dan mereka dipercayai masih berada di daerah ini. 

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu adalah individu penting yang boleh menjadi saksi kejadian culik itu.

Dua individu terbabit ialah Teeban Kumar Davadas, 30, dengan alamat terakhir di 108, Jalan Perigi Raja, Renggam, Kluang dan Kalithas Mariapan, 36, dengan alamat terakhir di No 60, Kampung Muhibbah, Paloh, Kluang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang 07-778 4222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Hasrudi di talian 019-7917501 atau Inspektor Nazri 013-6919971," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sumber: Harian Metro.

ArticlePublished 15 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM