Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas

Published: 12 Jun 2014 3.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penahanan tersebut turut merampas 2.6 KG serbuk dan 785 GM cecair syabu, 528, 000 biji pil Erimin 5 serta terbongkarnya dua buah makmal kecil dipercayai untuk memproses dadah...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lagi-sindiket-dadah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:41 MYT
BUKIT AMAN, 24 September - Sekitar minggu ketiga bulan September 2012, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah berjaya mematahkan dua lagi sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Kejayaan ini berikutan tertangkapnya sembilan orang ahli sindiket yang terdiri daripada enam lelaki warganegara Iran, 1 lelaki Turki dan dua lelaki bangsa cina tempatan.

Penahanan tersebut turut merampas 2.6 KG serbuk dan 785 GM cecair syabu, 528, 000 biji pil Erimin 5 serta terbongkarnya dua buah makmal kecil dipercayai untuk memproses dadah.

Kesemua tangkapan yang berumur antara 24 hingga 55 tahun ini telah ditahan reman untuk siasatan dibawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh dihukum mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.

"Kejayaan ini adalah hasil daripada maklumat orang ramai yang berkerjasama dengan pihak polis dalam memastikan usaha PDRM dalam mengekang kegiatan pengedaran dadah warga asing ini dari terus berleluasa", tambah YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam sidang media tersebut.

Turut hadir Pegawai Kanan Polis dan Rakan Media.

Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menyampaikan ucapan.

Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan bahan-bahan,alatan memproses dan bahan mentah memproses dadah yang berjaya dirampas.

Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dadah dan alatan memproses yang berjaya dirampas..

Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Terbongkar...cubaan menyorokkan dadah didalam dedak ayam..

Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Berjaya...rampasan dadah dalam skala besar..

Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Dua Lagi Sindiket Dadah Tumpas
Antara wakil media yang hadir...

Oleh : Konst.Muhammad Iqtar Bin Azmi.
ArticlePublished 12 Jun 2014 3.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM