Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Kumpulan Curi Motosikal Tumpas

Published: 21 Mar 2015 4.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal dan merampas lapan buah motosikal serta pelbagai komponen motosikal bemilai RM70,000 dalam dua serbuan berasingan di sini pada Rabu dan Khamis lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-kumpulan-curi-motosikal-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT

KEPALA BATAS: Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal dan merampas lapan buah motosikal serta pelbagai komponen motosikal bemilai RM70,000 dalam dua serbuan berasingan di sini pada Rabu dan Khamis lalu. 

Dalam Op Lejang itu polis menahan enam lelaki berusia 16 tahun hingga 39 tahun di Sungai Dua dan Ujung Batu di Butterworth di sini. 

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam Ops Lejang pada pukul 12,30 tengah malam Khamis lalu, polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat di sini dan pemeriksaan menemukan pelbagai peralatan digunakan untuk mencuri motosikal. 

"Kesemua enam lelaki terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan,"katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Dua Kumpulan Curi Motosikal Tumpas

ArticlePublished 21 Mar 2015 4.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM