Empat Ditahan Kerana Disyaki Salah Guna Dadah
KUCHING, 21 Mac 2015: Gara-gara penemuan satu peket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu menyebabkan dua lelaki bersama dua wanita pertengahan usia ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai
Bedil Besar di sini kelmann.
Serbuan ke atas rumah yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kuching selepas mendapat maklumat terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah sekitar jam 4 petang kelmarin.
Dalam serbuan tersebut, polis telah menemui satu peket plastik disyaki mengandungi syabu seberat 7.8 gram.
Kesemua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan.
Sumber: Borneo Post Online