Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Individu Jual Tiket Palsu Piala Malaysia Diberkas

Published: 18 Jun 2014 2.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
KUCHING : Polis memberkas dua individu yang didapati menjual tiket palsu perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang pada Sabtu lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-individu-jual-tiket-palsu-piala-malaysia-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:57 MYT

KUCHING : Polis memberkas dua individu yang didapati menjual tiket palsu perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang pada Sabtu lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Supritenden Mohd Firdaus Abdullah, tangkapan itu dibuat pada sebelah petang sebelum perlawanan di kawasan Stadium Negeri.

"Dua lelaki diberkas pada sebelah petang hari sama (perlawanan) kerana cuba menjual tiket palsu pada harga RM40," katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Kedua-dua suspek itu yang masing-masing berumur 49 tahun dan 35 tahun, berasal dari Petra Jaya, di sini.

Firdaus memberitahu, kedua-dua suspek itu ditahan reman selama empat hari untuk mengetahui jika ia melibatkan sindiket.

Menurutnya, kedua-dua tiket mempunyai nombor siri sama yang dihasilkan melalui imbasan.

Kedua-duanya sedang disiasat kerana menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

"Kami mahu tahu jika ada sindiket yang terlibat," katanya.

Sumber : Utusan Borneo Online
ArticlePublished 18 Jun 2014 2.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM