Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Geng Samun Tumpas

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pihak polis turut merampas sebuah teksi, empat buah set walkie-talkie, dua bilah parang, wang tunai RM4,000 dan pelbagai barangan lain. Kumpulan ini dipercayai sudah melakukan rompakan sebanyak 20 kal..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-geng-samun-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:44 MYT
Kumpulan perompak dikenali 'Geng Ady’ yang bermaharajalela melakukan rompakan sekitar ibu negara berjaya ditumpaskan dalam satu operasi, kelmarin.

Pihak polis turut merampas sebuah teksi, empat buah set walkie-talkie, dua bilah parang, wang tunai RM4,000 dan pelbagai barangan lain. Kumpulan ini dipercayai sudah melakukan rompakan sebanyak 20 kali pada tahun ini dan dua lagi ahli kumpulan terbabit masih diburu.

Kesemua ditahan direman selama 14 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. 

Dua Geng Samun Tumpas

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM