Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Ditahan Polis Rampas Dadah Bernilai Hampir Rm100 000

Published: 10 Jul 2014 9.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kedua-dua suspek yang berumur 42 dan 56 tahun ditahan pada pukul 11.30 pagi semalam di sebuah rumah oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narko..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-ditahan-polis-rampas-dadah-bernilai-hampir-rm100-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:48 MYT
Kota Bharu, 12 Jun - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta merampas pelbagai jenis dadah yang dianggar bernilai hampir RM100,000 di Kampung Pachor, Kemumin, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kedua-dua suspek yang berumur 42 dan 56 tahun ditahan pada pukul 11.30 pagi semalam di sebuah rumah oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu.

"Ini merupakan hasil risikan dan maklumat awam, ketika serbuan suspek sedang leka membungkus dadah dan kita percaya kedua-dua suspek ini merupakan rakan kongsi.

"Kita berjaya merampas 2,200 biji pil kuda, 19 botol mengandungi dadah jenis heroin dan tiga bungkus plastik cerah dipercayai dadah jenis syabu seberat 2.0 gram," katanya kepada pemberita di IPD Kota Baharu di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah dari negara jiran dan kesemua dadah itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Kota Bharu.

"Modus operandi yang digunakan suspek ialah menggunakan rumah sebagai tempat untuk mengedarkan dadah, pelanggan datang ke rumah berkenaan untuk
memperoleh bekalan dadah dan mereka juga ada pelanggan tetap.

"Mereka dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu dan kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Kesemua suspek kini direman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes turut di siasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari lima tahun dan dikenakan tidak kurang dari tiga sebatan.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 10 Jul 2014 9.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM