Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Bot Ronda Ppm Dihantar Kawal Perairan Esszone

Published: 19 Jun 2014 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pengerang, 8 Mac - Bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di ESSZONE Sabah, dua buah bot ronda milik Pasukan Polis Marin (PPM) digunakan dan telah berlepas dari Jeti Tg Pengelih, Johor merentasi Laut Ch..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-bot-ronda-ppm-dihantar-kawal-perairan-esszone
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:31 MYT

Pengerang, 8 Mac - Bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di ESSZONE Sabah, dua buah bot ronda milik Pasukan Polis Marin (PPM) digunakan dan telah berlepas dari Jeti Tg Pengelih, Johor merentasi Laut China Selatan menuju ke destinasinya pada jam 12.40 awal pagi tadi.

Majlis 'sending off' telah diadakan dan dihadiri oleh Komander (PPM) Wilayah Dua, ACP Zainul Abidin bin Hasan, Timbalan (PPM) (Operasi/Risik), ACP Paul Khiu Khon Chiang bersama Pegawai Kanan dan anggota dari PPM Wilayah Dua serta ahli keluarga mereka yang terlibat.

Bot ronda PA53 dari Markas Wilayah 1 Batu Uban dan bot ronda PA54 dari Markas Taktikal Pengerang Wilayah 2 bersama 21 orang anggota PPM termasuk dua pegawai akan menjalankan tugas operasi di ESSZONE Sabah untuk mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di kawasan perairan berkenaan daripada pencerobohan anasir-anasir subversif.

Dua Bot Ronda Ppm Dihantar Kawal Perairan Esszone
Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM