Dua Beradik Tauke Pil Kuda Diberkas Dalam Op Tapis
Polis menahan dua beradik bersama 100 biji pil kuda di Kampung Perupok di sini malam kelmarin.
Ketua
Polis Daerah, Deputi Superitendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mereka
ditahan dalam Op Tapis bagi membanteras penagihan dan pengedaran dadah
di kawasan berkenaan.
Kedua-dua
adik beradik itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk
siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo