Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mangsa Banjir Di Enam Pusat Pemindahan Di Sabah Meningkat Pagi Ini

Diterbitkan: 14 Dec 2017 2.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu, 14 Disember 2017 - Sebanyak 1,685 orang daripada 719 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan banjir di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut, sehingga pukul 8 pagi ini berbanding 1,613 daripada 692 keluarga malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mangsa-banjir-di-enam-pusat-pemindahan-di-sabah-meningkat-pagi-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:56 MYT


Kota Kinabalu, 14 Disember 2017 - Sebanyak 1,685 orang daripada 719 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan banjir di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut, sehingga pukul 8 pagi ini berbanding 1,613 daripada 692 keluarga malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan pagi ini berkata, lima pusat pemindahan dibuka di Daerah Kota Belud iaitu 540 orang (225 keluarga) ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2 manakala 441 orang (227 keluarga) di Dewan Masyarakat Tun Said.

"Seramai 309 orang (90 keluarga) lagi ditempatkan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dan 179 orang (77 keluarga) di Dewan SMK Agama Tun Said," kata sekretariat itu.

Menurut kenyataan itu, pusat pemindahan banjir di Kompleks Sukan Botung menempatkan 134 mangsa daripada 69 keluarga.

Sementara itu, di Daerah Kecil Membakut, dalam kawasan Parlimen Kimanis, pusat pemindahan banjir di Dewan Serbaguna Membakut kini menempatkan 83 orang mangsa daripada 31 keluarga.

Pusat pemindahan berkenaan dibuka malam tadi bagi menggantikan pusat pemindahan Dewan Mini Puspanita yang tutup kerana tidak dapat menampung jumlah mangsa yang bertambah. - Bernama

ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2017 2.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM