Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Beranak Maut Kemalangan Di Jalan Kuantan Segamat

Published: 31 Jan 2016 3.35 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Kuantan, 31 Jan- Dua beranak maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin dekat sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-beranak-maut-kemalangan-di-jalan-kuantan-segamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT

Kuantan, 31 Jan- Dua beranak maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, mangsa Janudin Sukadi, 55, dan anaknya Muhammad Haziq, 23, maut di tempat kejadian.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Muhammad Haziq cuba memotong sebuah kenderaan, namun tidak berjaya.

"Kereta mereka kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Grand Livina yang datang dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad Aidil Roneh berkata kemalangan itu menyebabkan pemandu Grand Livina, Nora Rasid, 29, yang merupakan seorang suri rumah cedera parah.

Beliau menambah jenazah Janudin yang bekerja sendiri dan Muhammad Haziq, penuntut Universiti Tenaga Nasiobal kampus Muadzam Shah, dekat sini dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

ArticlePublished 31 Jan 2016 3.35 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM