Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Beranak Didakwa Ludah Dan Tampar Anggota Polis

Published: 17 Apr 2015 8.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 17 April - Gara-gara meludah dan menampar seorang anggota polis Rabu lalu, dua beranak hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-beranak-didakwa-ludah-dan-tampar-anggota-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:07 MYT

 

George Town, 17 April - Gara-gara meludah dan menampar seorang anggota polis Rabu lalu, dua beranak hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini.

Shaikh Abdul Shukor Shaikh Abdul Wahab, 31, seorang peniaga, dan bapanya Shaikh Abdul Wahab Shaikh Ibrahim, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.

Mengikut pertuduhan, Shaikh Abdul Shukor dan bapanya didakwa bersama-sama melakukan kekerasan jenayah terhadap Koperal Mohamed Shahrul Nizam Mohamed Salleh dengan menampar dan meludah anggota polis itu ketika mangsa sedang menjalankan kewajipannya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Patani di sini pada jam 9.50 malam, 15 April lalu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh bagaimanapun peguam Muhammad Asri Abdul Hamid yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan minimum dikenakan ke atas anak guamnya.

"Anak guam saya Shaikh Abdul Shukor menghidap bengkak hati dan perlu menyara isteri dan seorang anak manakala tertuduh kedua (Shaikh Abdul Wahab) menghidap sakit jantung dan mempunyai isteri yang uzur," katanya.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 Mei depan untuk sebutan bagi serahan dokumen.

BERNAMA

ArticlePublished 17 Apr 2015 8.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM