Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Beradik Maut Tujuh Cedera Kemalangan Babitkan Empat Kenderaan Di Kota Tinggi

Diterbitkan: 24 Jun 2016 7.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Johor Baharu, 24 Jun- Kepulangan enam sekeluarga dari berniaga dari bandar Kota Tinggi dekat sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 37, Jalan Johor Baharu-Mersing, berhadapan persimpangan Tai Hong, awal pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-beradik-maut-tujuh-cedera-kemalangan-babitkan-empat-kenderaan-di-kota-tinggi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:29 MYT

Johor Baharu, 24 Jun- Kepulangan enam sekeluarga dari berniaga dari bandar Kota Tinggi dekat sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 37, Jalan Johor Baharu-Mersing, berhadapan persimpangan Tai Hong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kedua-dua mangsa, Nursyahirah Mohamed, 23, dan adiknya Nurhayati, 10, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan.

Bapa Nursyahirah, Mohamed Muhamed Noh, 50, bersama ibunya, Fatimah Abd Wahid, 47, serta dua lagi adik perempuannya, sekadar cedera ringan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.36 pagi itu turut mengakibatkan kecederaan kepada tiga lagi pemandu serta penumpang kenderaan lain.

Menurut Rahmat, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki ke arah Kota Tinggi, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Perodua Kancil dipandu Nursyahirah.

"Pertembungan menyebabkan kenderaan Nursyahirah berpusing dan bergesel dengan van yang dipandu bapanya, sebelum melanggar sebuah lagi motokar jenis Perodua Viva yang berada di hadapannya," kata beliau.

Rahmat berkata ketika kejadian, permulaan jalan adalah kering dan kawasan persekitaran pula berhampiran premis makanan dan sebuah gereja.

"Kami menahan reman pemandu kereta Waja berusia 25 tahun itu selama tiga hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2016 7.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM